Saturday, March 30, 2013

BERHIJAB

Bismillahhirahmannirahim.
Assalamua'laikum.


Bercerita tentang hijab, sebenarnya saya sendiri pun masih baru dalam permakaian hijab. Niat untuk menutup aurat tu memang sudah lama ada, tapi disebabkan kelalaian saya sendiri niat yang baik itu hanya tersimpan jauh disudut hati. 


Pernah juga saya cuba berhijab, tapi bila kita buat sesuatu tu tanpa niat dan hati yang ikhlas semuanya sia-sia dan akhirnya saya kembali terdedah, dengan rambut rihanna style, rebonding segala bagai. Masyaallah.. 


Tapi alhamdulillah, selepas beberapa hari kelahiran anak kedua saya Disember tahun lalu, saya telah kembali bertekat untuk berhijab dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, walaupun belum begitu sempurna tapi saya akan cuba untuk sempurnakannya.

Seperti yang kita tahu, zaman sekarang berhijab atau bertudung bukan lagi dipanggil kolot style, ia sudah menjadi satu trend, bukan saja menarik tapi juga sopan. tidak dinafikan gaya-gaya hijab yang cantik dan perbagai warna telah membawa anak-anak muda memilih untuk mengayakannya. walaupun ada sesetengah anak muda yang sudah memakai hijab tapi masih lagi berpakaian ketat, nipis dan sebagainya. tapi, cuba kita pandang dari sudut yang positif, mungkin gaya mereka yang begitu hanya untuk sementara, mana lah tahu suatu hari nanti mereka yang menggayakan hijab singkat telah bertukar pada hijab yang lebih labuh, dan mereka yang berseluar dan berbaju ketat telah bertukar memakai baju kurung. kan... :) 

Kita tidak tahu apa yang akan jadi pada seseorang itu dimasa akan datang, Tuhan telah merencanakan semuanya untuk kita. Jadi, jangan menilai seseorang itu dari sudut negatif, positif itu kan lebih bagus. 


"Setitik Air Peluh Wanita Yang Kepanasan Kerana Bertudung Demi Semata - Mata Untuk Menutup Auratnya. Ia dikira Sebagai Pahala." by Ustaz Azhar Idrus

Salam.